Seminggu berkampung di ICU , aku mengalami kemurungan yang amat mendalam. Sebab dalam keluarga aku, tiada sesiapa yang pernah diserang penyakit asma dan menunjukkan simptom asma. Aku mula mengalami tekanan kerana wakti anakku di ICU, aku mempunyai tugasan kerja yang sangat banyak. Tugasku sebagai guru tuisyen telah tergendala. Banyak kelas terpaksa dibatalkan. Aku mula keletihan dan rasa sangat serabut. Sumber kewangan aku turut terjejas. Simpananku mula surut .
Keluar wad dipenuhi dengan pelbagai jenis temu janji. Aku pening banyak sungguh penemuan penyakit yang selama ini tidak pernah kutahu. Selain penyakit PDA, rupanya Zulaikha disyaki menghidap cerebral palsy. Perkataan yang tidak pernah terlintas di kepala aku. Aku terkejut sungguh mendengar perkhabaran itu.
Pelbagai ujian dan diagnose perlu dilakukan untuk menentukan kesahihan penyakitnya. Ujian MRI, ujian sel kulit pipi, ujian DNA, ujian buah pinggang, ujian sampel najis. Sehinggakan aku agak keliru dengan ujian yang diaturkan oleh doktor.
Dalam masa sama, kelas tuisyen ku mula mendapat aduan dan banyak kelas terpaksa dibatalkan kerana kekangan masa yang sungguh terhad. Macamana nak mengajar kalau otak dah celaru dan badan sendiri masih lemah akibat ulang alik di hospital.
Bermulalah Julai 2014, hospital menjadi rumah keduaku. Rutin harian yang tidak dijangka akan menjadi catatan diari kamus hidupku.
Comments
Post a Comment