TIPS SIHAT - PENJAGAAN JANTUNG AGAR KEKAL SIHAT

TIPS:


  1.  KAWAL BERAT BADAN -  berat badan yang berlebihan hendaklah dikurangkan segera bagi mengelakkan pelbagai penyakit kronik menyerang. 
  2. MENGAWAL PEMAKANAN - elakkan dari mengambil makanan yang kaya dengan lemak seperti mentega, keju, minyak sapi. Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol seperti telur, mentega, hati dan seumpamanya perlu dielakkan.
  3. BERHENTI MEROKOK - Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung adalah dari kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.
  4. BERSENAM - 

Aktiviti senaman seperti berjogging, berjalan, beriadah atau berbasikal merupakan antara contoh senaman sihat bagi semua golongan terutamanya bagi mereka yang pernah mengalami serangan jantung.
  1. Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengepam darah dan membawa oksigen ke seluruh tubuh dengan baik dan lancar. Bersenam secara teratur juga membantu menurunkan kadar tekanan darah. Sebarang senaman yang jika dilakukan secara teratur dapat mengurangkan risiko seseorang itu mendapat penyakit jantung atau penyakit berbahaya yang lain.

Comments