KISAH BENAR - MINYAK HERBA ASMAK

PENGALAMAN BERHARGA YANG MESTI ANDA BACA

Assalamualaikum dan salam luar biasa.


Pada 2010 satu isu yang sangat besar dan ngeri telah menerjah minda saya seumpama dikejutkan oleh mimpi yang menakutkan dimana ketika itu saya terjun dalam bidang kesihatan di mana saya adalah salah seorang dari pengamal perubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terjunnya saya dalam bidang kesihatan ketika itu kerana mahu mempraktikkan ilmu yang pernah dikongsikan oleh salah seorang mentor jutawan saya yang menyatakan bahawa terjunlah ke dalam empat sungai kekayaan yang tidak pernah surut iaitu Makanan,Pendidikan,Pakaian dan kesihatan.

Ketika itu saya berguru dengan salah satu nama besar dalam Malaysia yang mencetus gelaran Jutawan Senyap di mana saya belajar merawat secara tradisional dari urutan seluruh badan yang menggabungkan urutan melayu dan point acupuncture warisan cina sehinggalah peringkat memberi rawatan urutan batin khas buat lelaki.

Salah satu pengalaman saya adalah berjaya memberi nafas baru kepada satu pasangan muda yang baru berkahwin yang mengalami masalah dalam bersama di mana saya memberi rawatan yang membolehkan senjata lelaki berfungsi kembali normal.Inilah salah satu rahsia kelebihan rawatan tradisional tanpa menggunakan sebarang bahan yang terlarang dan membahaya.

Saya mahu ketengahkan isu besar yang saya nyatakan di atas itu kerana ia adalah kaitan dengan Minyak Herba Asmak.

Isu besar adalah orang melayu islam terdahulu mempunyai banyak ilmu yang berkaitan dengan rawatan tradisional yang menggunakan herba terutama sekali nenek moyang kita pada zaman dahulu di mana banyak penyakit dapat dirawat secara tradisional.

Malangnya zaman berubah dan terus berubah.Yang paling menyedihkan adalah dari ribuan perawat tradisional yang ada dahulu telah berkubur satu persatu di telan zaman dan pada hari ini agak sukar untuk melihat rawatan tradisional seperti dahulu kala.Jika ada,boleh di kira dengan jari pada satu satu tempat.

Persoalannya adalah kenapa isu kepupusan perawat tradisional dan pengamal rawatan herba ini boleh berlaku dan apa kaitannya dengan Minyak Herba Asmak?

Saya kupas satu persatu isu ini dan saya menyeru dan merayu kepada anda selaku penjalin hubungan di antara Minyak Herba Asmak dengan pengguna di luar sana ambil serius berhubung isu ini dan tugas anda sebenarnya sangat besar dan penting.

Saya mulakan dahulu dengan isu kepupusan perawat tradisional dan pengamal perubatan herba di mana pada hari ini kebanyakan dari mereka telah gugur satu per satu dari muka bumi ini.Salah satu punca terbesar isu ini boleh berlaku kerana ketakutan kepada perubahan dan tidak bersedia untuk menerima kenyataan.

Dahulunya ubat ubatan tradisional tidak perlu kepada sebarang label dari pihak berwajib tetapi pada masa kini ia menjadi satu perkara yang sangat penting.Nenek dan datuk kita dahulu sangat takut apabila nak upgrade atau menaiktaraf produk berasaskan herba kerana bimbangkan undang undang dan pelbagai lagi prosedur yang perlu diikuti.Yang paling mengerikan pada mereka apabila kena hadiri kursus wajib sebagai syarat untuk menjadi pengamal yang berdaftar dengan KKM.

Untuk pengetahuan anda semua,rawatan tradisional pada dahulu kala bukan dipelajari secara formal seperti di sekolah tetapi ia warisan turun temurun dan yang mengajar pun melalui pengalaman semata mata dan tanpa sebarang bahan bertulis manakala yang belajar juga ada di antaranya buta huruf dan telan ilmu berkenaan rawatan ini bulat bulat berasaskan pandang dan praktik.

Ketakutan dan kebimbangan inilah yang menyebabkan ramai yang gugur ke bumi tanpa meninggalkan kesan.Bila sesuatu perkara yang berlaku tidak sama seperti sebelum ini,perubahan perlu dibuat dan ia perlukan pengorbanan yang bukan sedikit maharnya.Kehilangan satu persatu ilmu perawat tradisional dan pengamal rawatan herba sebenarnya satu kerugian yang sangat besar untuk kita dan untuk generasi yang mendatang.

Berkenaan dengan Minyak Herba Asmak pula,tahniah kepada CEO Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd kerana berani tampil dan bersedia untuk mendapatkan kelulusan dari KKM dan ia sebenarnya sangat penting kerana ia adalah salah satu langkah yang sangat tepat bagi mengelakkan produk herba keluaran muslim tumbang dan pupus bagai sang dinosaur.

Kita selaku pendokong Minyak Herba Asmak bertanggungjawab sepenuhnya menyokong tanpa berbelah bahagi kepada syarikat dan senantiasa kena bersiap siaga dalam menghadapi sebarang ancaman dari luar dan dalam.Kita mahu martabat produk yang berasaskan 100% bahan semulajadi dijulang setinggi tingginya agar generasi yang mendatang dapat beroleh manfaat dari usaha kita pada hari ini.

Jangan biarkan kepupusan pada zaman dahulu kala berulang kembali dan kita kena mempertahankan hak kita dan generasi kita dari berkubur tanpa batu nesan.

Peranan kita semua sangat besar.Kita kena memastikan jualan kita dari hari ke hari meningkat dan terus meningkat supaya syarikat dapat bertahan lebih lama dan kukuh sekukuh kukuhnya.Anggaplah ini jihad kita semua dalam memastikan produk warisan ini dapat mengembalikan kegemilangan nenek moyang kita dahulu yang tidak pernah bergantung sepenuhnya kepada bahan bahan terlarang dan bahan yang merosakkan tubuh badan kita secara senyap senyap dalam jangka masa panjang.

Ayuh kita sematkan di dalam jiwa dan sanubari kita bahawa perjuangan kita belum selesai dan kerja kita kerja besar dan bernilai tinggi.Jangan benarkan anasir anasir luar yang menjijikkan dan memualkan itu mengganggu dan menghalang setiap langkah kerja murni kita.Kita kena beri fokus semaksimum yang mungkin.

Ayuh mari kita rapatkan barisan dan bersatu padu dalam kerja besar ini.Kita mampu mengubahnya jika visi dan misi kita satu dan jitu.Biarkan dunia ini gegak gempita mahu melemahkan kita tetapi kita tidak akan berganjak dari landasan kita dan kita tetap teguh mempertahankan apa yang ada di genggaman kita pada hari ini.Jangan mengadaikan warisan berharga untuk generasi mendatang dengan kelalaian dan kealpaan kita pada hari ini.

Akhir kalam dari saya adalah isu besar yang menerjah minda saya ketika itu adalah satu rahmat buat saya.Ilmu pengamal komplementari dan tradisional yang ada membantu saya dan keluarga hidup sihat tanpa ubat.Kini koleksi produk 100% bahan semulajadi saya bertambah dengan adanya Minyak Herba Asmak.Saya telah menyelusuri salah satu sungai kekayaan melalui bidang kesihatan dan merasai hasilnya.Jom kita sama sama berimpian menjadi orang kaya bertaqwa dan diredhai oleh Allah S.W.T.


Salam ikhlas dan penuh kasih sayang dari saya 

Comments