PERJALANAN WARISAN ZULAIKHA

menjengah di jendela syurga.

memiliki dan menyantuninya umpama berpijak dibara api. anugerah puteri istimewa menelusuri perjalanan warisan zulaikha.

benar,membelai puteri istimewa wajib kental jiwanya,bukan lagi melawan 9 nafsu dengan satu akal. tapi lebih dari itu,silap perhitungan punah harapan. kerana masa sentiasa melintasi garisan.

benar,mengorak harapan bersamanya,bukan seperti membimbing kelas dropship atau ejen. jika mereka tertinggal,aku boleh sahaja kedepan tanpa menoleh. tapi dia bukan begitu, sekalipun mengah mengorak langkah,tetap perlu bertatih. kerana dia titian ke pintu syurga idaman.

benar,tidak bertapi lagi,menjalani sesi rawatan dengannya tiada satu sukatan,tiada satu ukuran yang jitu untuk menyukat kebolehan dan perkembangannya. kerana ia bukan emas,ia bukan tanah yang selalu aku buat perkiraan dengan formula tertentu. dia istimewa sebab penilaian kesihatannya hanya pada senyumannya.

kelahirannya bukan sekadar anugerah tapi satu wangian dalam keperibadian aku.di sini aku masih di sini,mendengar batuknya,melihat keningnya yang kemerahan menahan sakit, pucat lesi bibirnya mengajar aku untuk tunduk. berapa lama steteskop itu mampu mendengar denyutan jantungnya. bercerita segala diagnose yang makin lama makin membuatkan perupuk mata mula bergenang.

benar,bukan sekadar kalimah syahadah untuk hidupkan hati yang hampir gersang dengan keajaiban. dia menuntut aku berpuasa dengan kehendak hati. dalam bertawaf mencari penawar,aku tidak tau lagi berapa pusingan masa yang masih tinggal untuknya bertahan.

akur dengan amanat dan qada yang tertulis di luh mahfuz bukan hanya pada lisan. andai doa yang terlekat dicelahan jari yg blh dihijabkan untuk dimakbulkan. pastinya dititipkan untuk si dia yang istimewa.

Comments