Keradangan pada salur pernafasan boleh menyebabkan:
- Otot sekeliling menjadi ketat dan menyempitkan laluan udara.
- Mengurangkan udara yang boleh masuk dan keluar.
- Mukus yang dikeluarkan oleh saluran pernafasan menyekatkan lagi laluan udara.
Semasa serangan asma, udara yang masuk ke paru-paru adalah tidak cukup, dan dalam masa yang sama karbon dioksida terperangkap di dalam paru-paru. Karbon dioksida yang terkumpul akan menjadi beracun dan jika tidak dikeluarkan boleh menyebabkan serangan yang berpanjangan. Seterusnya oksigen yang masuk ke dalam aliran darah seseorang menjadi berkurangan. Ada pendapat yang menyatakan, asma adalah penyakit kronik yang paling biasa di kalangan kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak yang mempunyai berat yang rendah semasa lahir, terdedah kepada asap tembakau, berkulit hitam, dan dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang susah. Kebiasaannya gejala ini pertama kali berlaku di usia 5 tahun, secara amnya ia bermula dengan episod kerap semput dengan jangkitan pernafasan.
Faktor-faktor risiko tambahan terhadap kanak-kanak termasuk mereka yang mempunyai alahan seperti alahan kulit iaitu ekzema, atau ibu bapa yang juga menghidapi asma. Kanak-kanak lelaki dikatakan mempunyai risiko lebih tinggi mendapat asma berbanding kanak-kanak perempuan. Walaubagaimanapun, situasi ini akan berubah apabila dewasa. Hipotesis penyelidik berpendapat kerana saiz saluran udara kanak-kanak lelaki adalah lebih kecil berbanding kanak-kanak perempuan.
Sumber daripada kementerian kesihatan Malaysia.
Minyak Herba Asmak Sebagai alterantif melegakan keradangan pernafasan
Kandungan Minyak Herba Asmak seperti Habatus sauda dan minyak Zaitun tidak diragui dan tidak dinafikan membantu melegakan pernafasan anda.
Dapatkan segera hari ini, untuk bernafasa dengan lebih sempurna.
Hubungi 019 3995566
Hubungi 019 3995566
Hubungi 019 3995566
Comments
Post a Comment