PERJALANAN WARISAN ZULAIKHA 3

Setahun telah berlalu, kerisauan mula bertambah kerana perkembangannya tidak menunjukkan tanda normal sebagaimana kakak-kakaknya. Aku mengadu kepada ibuku dan suamiku. Ternyata pandangan dan pendapat mereka tidak boleh meredakan kebimbangan yang mula menyinggah di kalbu. Bagi mereka, setiap kanak-kanak lain perkembangannya.

Detik aku sebagai ibu tidak berkata begitu. Lain sungguh kali ini. Sehinggalah detik kecemasan bermula. Tanggal 4 Juali 2014, anakku diserang asma. Pada mulanya, aku hanya menganggap dia lemah kerana kurang makan dan hanya ingin berehat. Tetapi dadanya mula berkocak dan berlambung. Eh, biar betul???

Memandangkan dalam keluargaku tiada siapa yang mengalami asma, aku pun kurang pasti akan simptom yang sedang dialami oleh Nurnazira Zulaikha. Akibat kelewatan mendapatkan rawatan, akhirnya anakku dikejarkan ke wad kecemasan dan ditahan ke Unit Jagaan Rapi. Dan bermulalah duniaku di sini.

Airmata mula mengalir. Sesalan tiada guna, Yang tinggal hanya panik dan menyalahkan diri sendiri kerana cuai dengan perubahan anak.

Comments