PERJALANAN WARISAN ZULAIKHA 1

 Syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNYA saya dapat juga menulis dalam blog. Tujuan blog ini untuk berkongsi tentang kesihatan dan tips kecantikan. Saya lebih memfokuskan kepada masalah resdung, asma dan penyakit kulit.

Hal demikian kerana saya juga pernah dalam dilema dalam berhadapan dengan masalah sedemikian. Apatah lagi, saya pernah diuji dengan saat getir apabila anak bongsu saya Nurnazira Zulaikha diserang asma pada 4 Julai 2014. Sedangkan dalam keluarga saya, kedua-dua belah pihak keluarga tidak pernah menghadapi dan mempunyai penyakit seperti asma mahukpun sesak nafas.

Bagaikan halilintar apabila, anakanda Nurnazira dikejarkan ke wad ICU di HKL selama seminggu. Lalu, bermulalah episod saya berkampung di hospital dan menjadi penunggu setia di wad. 

Ekoran ujian itu jugalah, saya mula mengorak langkah untuk bertukar kerjaya yang lebih fleksibel dan menceburkan diri dalam bisnes online.


Comments